Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
![]() ADIQ mula catat nama sebagai pelumba trek apabila raih pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia di Moscow, Russia, Ogos lalu. |
Sarung jersi Drapac-Porsche pada LTdL 2010
ATLIT berbasikal lebuh raya, Adiq Husainie Othman yang akan menyarung jersi kelab Drapac-Porsche di Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini, mensasarkan untuk sekurang-kurangnya menjadi pelumba terbaik negara.
“LTdL adalah jelajah berbasikal paling berprestij rantau ini dan ramai pelumba kelas dunia akan berada di sana,” kata Adiq yang mula mencatat nama sebagai pelumba trek dengan memenangi pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia di Moscow, Russia, Ogos lalu.
“Pada perlumbaan sebegini, strategi pasukan amat penting dan saya hanya berpeluang berlatih bersama Drapac-Porsche dua minggu sebelum kejohanan bermula.
“Bagaimanapun, saya yakin tempoh itu mencukupi kerana lima lagi ahli pasukan giat menjalankan latihan bersama manakala sejak 17 Januari lalu, saya mengikuti program latihan intensif skuad kebangsaan di Ipoh, Perak.
Adiq membuktikan matlamatnya bukan sekadar cakap kosong apabila muncul juara pada perlumbaan kriterium 60 kilometer di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin yang disertai lebih 300 pelumba






